Isnin, 30 November 2009

Khabar dari Bumi Borneo

Alhamdulillah pada minggu ini (20 nov 2009) Yayasan PAKSI telah menjemput Ust Abd Halim Abbas Bersama Anak murid beliau untuk bersama-sama dengan ahli keluarga PAKSI dalam kuliah Mingguan PAKSI bertempat di Menara Zakat. Dengan kehadiran ahli keluarga Paksi yang cukup ramai pada hari tersebut membuatkan Ust Abd Halim berasa cukup terharu dan berbesar hati dengan sambutan tersebut.



Pada hari yang berbahagia itu, Ust Abd Halim mengupas Kisah yang telah dilupakan oleh Pengkaji sejarah(Pro Barat) iaitu berkaitan dengan kisah bangsa MORO yang cukup kuat dengan semangat jihad mempertahankan tanah air.


Selepas itu Ust Abd Halim memperkenalkan Anak murid beliau yang sudah menghafaz al-quran sebanyak 30 juzu'. Ust Abd Halim juga menguji hafalan anak murid beliau dan dapat dihafaz dengan baik oleh anak murid beliau dan telah menyebabkan ahli keluarga PAKSI menitiskan air mata.



Di akhir program, di jual 2 buah buku karangan Ust Abd Halim dan seorang lagi karangan anak murid beliau. alhamdulillah sambutan cukup menggalakkan dengan semua buku habis di jual hasil kesedaran untuk membantu saudara seagama dari Bumi Borneo. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga PAKSI yang menyumbang sumbangan wang ringgit demi meneruskan kerja-kerja dakwah di bumi borneo. Selain itu, kepada pihak yang mempunyai Quran yang ingin di waqaf juga amat dialu-alukan. Syukran jazilan...

Khamis, 12 November 2009

Sumbangan Raya di Padang Terap



alhamdulillah hasil sumbangan ahli keluarga PAKSI dapat juga diserahkan kepada pihak yang memerlukan di Padang Terap. Wakil dari PAKSI turut serta dalam penyampaian tersebut adalah ust Zawawi Ahmad, Ahli Lembaga PAKSI dan aktivis PAKSI saudara Osman Fikri. Turut Hadir dalam majlis ini ialah Ahli Parlimen Padang Terap, YB ust Nasir Zakaria.



Selain Itu wakil Paksi juga turun ke rumah untuk memberi sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang rumah mereka dilanda ribut.





semoga sumbangan yang telah kita berikan mendapat keredhaan disisiNYa...InsyaAllah.

Pengambilan Pelajar MAAHAD DARUL HADIS Sesi 2010

Pengambilan Pelajar MAAHAD DARUL HADIS Sesi 2010
(sila klick image untuk keterangan lanjut)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP