Ahad, 8 Mac 2009

LATAR BELAKANG

Pusat Khidmat sosial Islam (PAKSI) diasaskan pada 10 Oktober 1993 oleh Almarhum Ust. Haji Suhaimi bin Haji Ahmad. Objektif penubuhannya ialah berusaha ke arah menyatupadukan masyarakat Islam melalui pengajian ilmu agama khususnya ilmu Hadis, memberi bantuan dan pertolongan kepada masyarakat melalui aktiviti kebajikan di samping menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti sosial.

Berteraskan kelas pengajian yang dijalankan sejak 14 tahun yang lalu di Dewan Bangunan Serbanika Alor Setar, dengan kehadiran seramai 34 orang kini kelas pengajian seumpama itu berkembang pesat. Setiap minggu tidak kurang dari 2000 orang mengikuti kelas pengajian yang di jalankan secara percuma di enam lokasi seluruh Malaysia.

Kelas pengajian yang dijalankan ini juga dapat membuka ruang dan peluang kepada para ilmuan islam untuk menyebarkan ilmu di enam lokasi tersebut. Tenaga awal adalah Y.Bhg Prof. Madya Dato’ Badaruddin Hj. Ahmad (Pensyarah Insaniah, juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah) yang mengajar Kitab Shohih Al-Bukhari dan Ustaz Ahmad Fahmi Zam-Zam Al-Banjari. Kini tidak kurang dari 40 orang para tokoh agama dan ilmuan islam menyampaikan kuliah mereka kepada masyarakat melalui kelas pengajian secara bergilir.


0 ulasan:

Pengambilan Pelajar MAAHAD DARUL HADIS Sesi 2010

Pengambilan Pelajar MAAHAD DARUL HADIS Sesi 2010
(sila klick image untuk keterangan lanjut)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP